Wednesday, March 24, 2010

SATU AYAT DI KATA SAHABAT














Tika senja jemput siang jadi malam
bermulalah kidung para sepi
tunduk sesak 
hela perih nafas sunyi
hentak diri
jatuh keseorangan

Tika hati bertanya
gerangan apa bayang kemudian?
tak satupun jawab terjumpa
gemertak sejuk gigi beradu
cela sunyi sepi tanyamu

Sebenarnya
Mungkin benar kita larut dalam kesombongan
Menanam benih duri jambangan
Mekar bunga semalam lupa layu; 
igin di dewakan 

Apa yang kau cari?
Bertumpuk tak di kenal 
bersama tak tersapa 
berkata tak bermakna

Jejal letih silih tindih,
mencari sejati?
satu diantara seribu

Berkata sudah kalikali sahabat ada di tulus hati
tika siang menjadi malam pun
hati sahabat masihlah tercantum

Sebalik diam ia berkata dalam hatinya
Kami datang tanpa kau undang
Bila kau sepi, kami datang sekedar menemani
Bila kau rindu,kami datang dan menghiburmu
Kala kau terlena,kami juga datang tanpa kau menyadarinya

SAHABAT BUKAN TENTANG SIAPA DAN BERAPA
TAPI KENAPA DAN MENGAPA

......................................................
Lonk.24.03.2010


1 comment:

  1. makaciii..sunny suka puisi na ;)

    ReplyDelete

Kritik dan saran amatlah diharapkan.
Salam hormat & happy blogging.

BERBAGI DAN SALING BELAJAR